PUNCA-PUNCA JIN DAN SYAITAN MENGGANGGU MANUSIA
1. Jin menyintai manusia sama ada jin jantan menyintai manusia wanita atau jin betina menyintai manusia lelaki.
2. Manusia menyakiti jin dengan mencurahkan air panas ke atasnya (tanpa kita ketahui bahawa ia ada di situ) atau seorang terjatuh ke atasnya dari tempat tinggi atau kencing ke atasnya, menebang pokok tempat kediamannya dll.
3. Jin sengaja menzalimi
manusia tanpa sebarang sebab seperti menyampuknya dan ini tidak akan
berlaku kecuali melalui salah satu dari empat keadaan berikut;
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marah, terlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah.
4. Mensyirikkan Allah.
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
- Ketika manusia sedang dikuasai oleh perasaan terlalu marah, terlalu sedih dll.
- Ketika seorang itu terlalu takutkan sesuatu.
- Ketika terlalu leka (lalai) dari mengerjakan ibadat.
- Ketika lalai dari mengingati Allah.
4. Mensyirikkan Allah.
["Dan
bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari
manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan
kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka
menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat." - Al Jinn : 6]
5. Melakukan pelbagai maksiat kerana syaitan suka kepada orang menderhakakan Allah.
6. Diganggu sihir.
7. Lemah pegangan agama, tawakkal dan tauhid.
8. Terdapat gambar-gambar yang tidak dibenarkan oleh syarak di dalam rumah.
9. Ada anjing atau loceng di dalam rumah.
["Malaikat tidak akan bersama dengan kumpulan yang ada padanya anjing atau loceng." - HR Muslim]
10. Memasuki tempat-tempat jin (hutan, tandas, tempat pembuangan sampah, pantai...) tanpa membaca doa perlindungan.
11. Kanak-kanak keluar bermain pada waktu Maghrib.
["Apabila
masuk waktu malam atau senja, masukkan anak-anak kamu kedalam rumah
kerana syaitan berkeliaran ketika itu. Dan pada waktu malam, kuncilah
pintu-pintu dan sebutlah dengan nama Allah kerana syaitan tidak boleh
membuka pintu yang dikunci dengan nama Allah." - HR Muslim]
12. Tidak melaungkan azan di telinga anak sesudah dilahirkan.
["Tiada
seorang pun anak-anak Adam (manusia) itu dilahirkan melainkan akan
diganggu oleh syaitan ketika lahirnya. Sebab itulah ia menjerit
menangis-nangis kerana gangguan syaitan itu kecuali Maryam dan anaknya
(Isa) sahaja." - HR Bukhari]
13. Manusia tidak berjemaah maksudnya suka bersendirian, fikiran dan jiwa kosong.
14. Malas menuntut ilmu.
"Dan
Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Aya-ayat Suci yang
menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman
kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang
zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua."
[ 17 : 82 ]copy from here
No comments:
Post a Comment