Tuesday, February 9, 2010

Mendidik Anak dari Dalam KAndungan

  • Mendendangkan ayat-ayat suci AlQuran & alunan zikir - bukankah itu yang terbaik? Biasakan anak-anak dengan ayat suci Al Quran. Surah Yusuf dan surah-surah lain untuk di baca setiap hari. Saya akui semakin hari semakin liat untuk menyelak AlQuran ini. Kita sentiasa disibukkan dengan urusan dunia yang tidak pernah sudah. Jika saya tidak mula semula untuk membacanya, mungkin saya akan terus-terusan meninggalkannya. Padanlah jiwa kita menjadi kosong, kita tidak isi dengan yang sepatutnya. Plus!! Jangan hanya ibunya sahaja yang baca, ayahnya mestilah turut serta
  • Mengusap-usap perut - boleh diperhatikan ibu yang mengandung suka memegang perut mereka. Saya paling gemar menolak-nolak bucu anggota bayi yang menolak kulit perut saya. Ia bagaikan satu interaksi seperti sedang menggeletek anak-anak lain. Malah jiwa saya rasa gembira bila saya terfikir yang anak itu sedang respon kepada sentuhan saya. Bukan hanya ibu yang patut memberi sentuhan malah ayahnya juga. Jika ayahnya tidak mahu menyentuh pergerakan anak, ibunyalah yang patut menggenggam tangan ayahnya dan beri dia rasa pergerakan anaknya. Lebih baik jika ayahnya memberi salam dan beritahu, "Abah ni...baby buat apa tu??"
  • Bersembang dengan bayi - yang ni lagi satu sesuatu yang best. Sekalipun dalam kesedihan, bercakaplah dengan mereka, apatah lagi bila kita sedang gembira. Dia mungkin akan merasa yang dia adalah sebahagian dari kita.
  • Pelihara emosi ibu -ibu yang mengandung mestilah menjaga emosi dengan baik supaya kandungan di dalamnya juga terbiasa dengan suasana yang menggembirakan. Adalah dipercayai, jika kita sebagai ibu merasa stress atau sedih, maka ia akan melepaskan rasa-rasa itu di dalam darahnya. Darah yang sama juga akan sampai kepada bayi sehingga dia turut merasakannya.
  • Ibu hendaklah memperbanyakkan bertaubat - elakkan dari membuat dosa kerana darah yang mengalir di dalam tubuh kita akan sampai kepada anak.
  • Ibu hendaklah makan makanan yang berkhasiat dan halal - Makanan yang berkhasiat adalah untuk melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh bayi manakala makanan yang halal akan menentukan gelap cerahnya hati kita dan hati anak yang kita kandungi itu.

**qoute frm this blog

No comments:

Post a Comment